ANTARA SOALAN KBAT (BBM ONLINE)
Thursday, 12 March 2015 • 01:14 • 0 comments
Assalamualaikum. Hi bertemu lagi kita hari ini. Hari ini kami ingin meng'update' tetang Bahan Bantu Mengajar ataupun BBM Online. :) Enjoy it !MATHEMATIC EKONOMI ASAS SEJARAH MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
• 01:05 • 0 comments
Assalamualaikum. Hi bertemu lagi kita hari ini. Hari ini kami ingin
meng'update tentang 'KBat" atau dikenali sebagai "HOTS" :) Enjoy it !
MENGAPA HOTs PENTING ?
RASIONAL HOTs
PERANAN GURU DALAM MENEKANKAN HOTs :
From LOTS to HOTS.. :)
• 00:59 • 0 comments
Assalamualaikum. Hi bertemu lagi kita hari ini. Hari ni kami menjelaskan tentang HOTS. Enjoy it ! hope you like..Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi. Lagu KBAT
• 00:41 • 0 comments
INOVASI BUDAYA KBAT MEMACU NEGARA JAYA ~~
TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR
Tuesday, 10 March 2015 • 01:23 • 0 comments
Assalamualaikum. Hi bertemu lagi kita hari ini. Hari ini kami ingin
meng'update' tentang teori teori mengenai "KBAT" atau HOTS. :) Enjoy it !1. ROBERT SPERRY - Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan. 2. HOWARD GARDNER - Howard Gardner berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu; i. Kecerdasan linguistik ii. Kecerdasan logical-matematik iii. Kecerdasan visual-Spatial iv. Kecerdasan muzik v. Kecerdasan tubuh kinestetik vi. Kecerdasan interpersonal vii. Kecerdasan intrapersonal Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah. 3. IMAM AL-GHAZALI - Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal). Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri. Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan. 4. TEORI KONSTRUKTIVISME - Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut BAGAIMANA 'KBAT' DAPAT DIKEMBANGKAN?
• 01:19 • 0 comments
Assalamualaikum. Hi bertemu lagi kita hari ini. Hari ini kami ingin meng'update' mengenai kemahiran aras tinggi atau dikenali "KBAT". Enjoy it ! PERBANDINGAN ANTARA 'KBKK' DENGAN 'KBAT' Pelancaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
• 00:59 • 0 comments
Assalamualaikum. Hi bertemu lagi kita hari ini. Hari ini kami ingin
meng'update' pelancaran "KBAT"
MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA.Perlancaran ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan negara setanding dengan tahap pendidikan negara lain yang jauh lebih cemerlang.Bagi memantapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan murid, program i-THINK yang berfokus kepada penggunaan peta minda dan bertujuan mempertingkatkan pembelajaran murid telah dilancarkan di 500 buah sekolah.Dengan itu,diharapkan dengan pelancaran ini dapat melahirkan sebuah generasi yang celik pandai.. |
MY SPEECH
![]() WELCOME FRIEND
BLOG ARCHIVE |